Friday 11 November 2011

Sunset Dari Saya
















P/s : Maaf semua, setengah picture di atas ada garis putih tu, tak tahu kenapa jadi macam tu,mungkin gambar terlalu besar kot, ntah lah..nak lebih clear si lihat di laman Flickr saya.

Saturday 5 November 2011

My Bestfriend

Assalamualaikum, 

Ermm, nampaknya penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan seluruhnya. Hihi, maaf guys, aku rasa aku buat blog ni pun sebab aku nak tunjukkan perubahan pada diri aku. Hehe, sebenarnya di sini tempat aku share segala keseronokkan aku sama ada yang manis atau duka. Di samping menunjukkan hasil2 photo yang aku shoot sendiri dan edit sendiri, sebenarnya dah lama aku tak update blog aku ni kan, ada update semua pasal photo aku shoot, tapi bila aku letak dia jadi macam lain pulak jadinya. So, aku remove balik. Aku rasa aku tak pernah kenalkan siapa sahabat baik aku kan. Aku juga ada sahabat baik macam korang semua. Banyak, tapi semua ada kat sabah. Sekarang aku ada dapat sahabat kat KL, dia sangat baik dengan aku dan sangat understanding.


Mulanya, aku not sure boleh akrab dengan dia sebegini rupa. Dan sekarang kami rapat sangat. Ada satu benda yang buat aku sedih juga. Yang kenalkan aku pada dia, sahabat baik aku merangkap BF kepada kawan aku ni, aku pun rindu dia juga, dia sangat baik dengan aku dan kawan2 aku yang lain. My semester break kali ni boleh lah tahan, betul2 aku qada tidur aku. Best! Tak lama lagi semester 4 akan datang. Tak lama lagi dan ini bermakna kembali untuk focus. Lupa nak bagitahu result aku, Alhamdulillah semua subjek yang aku duduki LULUS dengan baik. AMIN! aku rasa Allah kali ni dah bagi aku peluang terakhir, dia masih beri aku lulus 1 subjek ni, sebab aku rasa aku takkan lulus, dan aku memang dah bersedia, tapi alhamdulillah LULUS, walaupun pointer aku jatuh, tapi aku tak salahkan sesiapa, ini sebagai pengajaran untuk aku. Dan aku dah menyesal dan azam aku untuk semester 4 ni untuk menaikkan semula pointer aku! Insya-Allah aku dan betul2 nyesal dan aku akan beri peluang kepada diri aku untuk perbaiki kesilapan aku, aku jujur katakan. Aku sangat lalai semester 3 ni, mungkin sebab aku dah rasa pointer aku dah stabil,tapi aku silap once kita make mistake hanya 1 mata mampu pengaruhi pointer aku.

For semester 4, aku nak buat the best in my life. InsyaALLAH kali ni aku akan cuba dapatkan DL. Macam sahabat aku pernah cakap pada aku " Allah takkan merubah nasib seseorang hamba itu jika bukan dirinya sendiri merubah nasib nya sendiri " so, aku paham makna itu " Jangan cakap sesuatu yang buruk selagi kita tak nampak takdir kita itu " MAAFKAN LAH AKU WAHAI POINTER KU, aku dah jatuhkan kau, bagi aku peluang untuk tebus salah silap ku, untuk aku maju ke depan bersama kawan2 ku. Allah Maha Penyayang, Dia taknak aku repeat paper, Dia berikan aku LULUS semua subjek supaya aku nampak bahawa Allah sangat menyayangi hamba2Nya walaupun mereka leka. So, lepas ni aku taknak leka2 dah, solat jangan tinggal. Syukur Alhamdulillah sekali lagi aku lulus. :)

sekian untuk post kali ini