Monday, 29 October 2012

Im Back!!!

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak update blog tercinta saya! Kini saya kembali! Jom2 nak share beberapa gambar..setelah benda buruk menimpa saya, kini saya kembali. :)



Buaian~~

D7k | 50mm | ISO 100 | 1/8000sm | f/1.8 | with photoshop cs5
 



Jalan~

D7k | 50mm | ISO 500 | 1/8000s | f/1.8 | with photoshop cs5


Jambatan~

D7k | 50mm | ISO 360 | 1/8000s | f/1.8 | with photoshop cs5
 



Merenung~

D7k | 50mm | ISO 100 | 1/250s | f/1.8 | with photoshop cs5
 



Bangku~

D7k | 18-105mm | 90mm | ISO 1600 | 1/320s | f/5.6 | with photoshop cs5
 


Bangku~

D7k | 18-105mm | 105mm | ISO 1600 | 1/400s | f/5.6 | with photoshop cs5


Jambatan~

D7k | 18-105mm | 21mm | ISO 100 | 1/250s | f/3.8 | with photoshop cs5
 


Sekian saja gambar2 yang rasanya elok..hehe..:)

Wednesday, 10 October 2012

Long Time No See

Assalamualaikum..

Dah lama tidak mengUpdate blog tercinta, maaflah kerana sekarang tengah busy final exam. Huhuhu..so far dah lepas untuk 3 paper, lagi 3 paper nak habis, lusa adalah paper ke 4, subjek MAF320, semoga urusan aku dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan kuatkan daya ingatanku. Amin.

Tak sabar rasanya nak habis paper boleh relax2 dan balik my hometown! Yebby2!! hihi.. Oklah tu je lah nak update, tata

Tuesday, 7 August 2012

1st Meet & Be Our Memories

Assalamualaikum...

As my promises...di sini aku nak tunjukkan beberapa keping gambar aku bersama teman2 aku semasa kami outing tempoh hari. Mula2 aku terlepas tau stesen, gara2 pemandu bengong tulah. Nasib ada kawan aku yang boleh pick up aku masa tu. Pada asalnya nak jumpa esok,tapi Allah nak temukan kami pada malam itu juga, aku dah malu sebenarnya, bayangkan lah semua 1st meet. Aku ni pandai gak lah malu2 sengal! hehe..Dah jumpa tu, boleh lah bercakap juga..haha..COOL!

Pada mulanya kami nak berbuka berdekatan dengan De Mawardah tapi alangkah sedihnya kedai tu tutup. Nak pergi mula2 Johnny baru lah plan kat tepi pantai tu, tak jadi nak pergi Johnny balik tapi full. Akhirnya pergi lah OLD TOWN! Tapi ni lagi satu hal macam gampang pun ada! Malas aku nak cerita buat sakit hati je ingat balik. Time ni sampai aku marah2 malu di buatnya kawan2 baru nampak..=_=' sengal!

Aktiviti kami tak lah banyak sangat sebab dek kesuntukkan masa, tapi banyak juga lah kami buat. Dan sempat untuk bergambar sebagai memory kami semua!!

Di bawah ni adalah beberapa gambar kami semua...Jom Usha!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
We Are Friend. Don't judge them by its cover.
PLEASE RESPECT MY FRIENDS.

Miera, Yaya, Cha

.
Aril, Ben, Skin

Peace No War!
Always be my talent :)
Menunggu waktu berbuka puasa sebenarnya ni
hahaha

Tengok apa tu? Hahahaha

The Next Top Model

Kadang2 teringin gak aku nak jadi model..
hahaha

Ini aku, tapi jangan tengok pada luaran saja,
aku ada matlamat aku sendiri.

Mari hidupkan meriam! Hahaha

Overall tu jelah gambar2 yang aku ada bersama teman2 aku masa 1st meeting. Rindu saat ni sebenarnya..Gambar aku makan kat mana belum masukkan lagi sebab size nya terlalu besar berapa kali dah aku try buat gambar jadi buruk..Hahahaha...



Ni life aku, kalau ada sesiapa tak suka aku minta maaf, aku tahu ramai bila orang tengok reader and viewers akan pikir pasal social life aku. Nope! Korang tak kenal aku dan tak tahu apa aku buat, jangan judge aku sesuka hati, Kawan yang baik luaran nya belum tentu baik dalamannya. Kawan yang tak cukup sifat luarannya belum tentu tak mampu memahami kita disaat kita susah dan senang. We need a friend to assist us what we do, what is it wrong? But, family is everything. I do love my family, but friends also important to me. Sometimes people made a mistakes when finding friends, they made it twice or more. But, they always try to correct their mistakes. 


Aku tak kisah orang nak cakap aku apa, nak kutuk aku apa, aku tak ganggu life orang, aku tak minta duit orang. Aku cuma nak orang fahami aku. Isi hati aku, aku tak campur dengan manusia2 yang hisap dadah, merokok, minum arak, kaki clubbing. If kawan2 aku yang lain macam tu pun, aku tak kan ikut jejak mereka, aku masih ada IMAN, masih ingat FAMILY aku. Tolong jangan pertikaikan atau buruk2kan kawan2 aku. Memang luaran aku dan mereka boleh menimbulkan fitnah, tapi hati kami korang tahu ke? Takkan. Jangan kerna nila setitik rosak susu sebelanga. Please try to understand. TQ

Credit to Miss Cha & Aril

Guys, thanks 4 being my friends, thanks sudi pick up aku dari MC dan hantar aku ke Dimensi. Thanks sepanjang kita hang, korang tumpangkan aku sekali naik kereta korang. Sorry if aku ada sakitkan hati korang ke ape ke okay? Aku harap kita dapat meet lagi dan hang sesama lagi. To Aril please take care yourself, take care her too, Cha baik sangat dengan kau. Hehe..be happy guys!

Credit to Miss Yaya & Yul

Hyep! thanks sudi keluar untuk jumpa aku dan kawan2 yang lain, Yaya thanks dari jauh sanggup datang jugak! haha..I'm so happy cause dapat hang nan korang berdua. Yul, good luck for you SPM. Do your best! :)

Credit to Miss Bulat

Hey you! Sorry because of me ramai sangka buruk pasal awak, apa2 pun jadi, persahabatan kita akan kekal ke akhir hayat dan biarlah sampai ke Syurga. Aku tahu mulut orang kita tak mampu nak tutup, dan kau sorang je tahu sama ada aku ni berubah ke tak kan? Aku tetap Skin AL Razi yang dulu. Aku tak berubah pun. Thanks sudi hang nan aku juga auww..Aku sayangkan kau sahabat!! Sayang sangat! Take care! Good luck for your final Semester!


By,
Skin Al Razi

Tuesday, 31 July 2012

3 August 2012 ??

Salam satu Malaysia. Guess what ? Okay actually 3rd August 2012 adalah tarikh di mana aku tak sabar2 nak meet my besties kat Melaka. Aku dah lama nak berbuka puasa bersama2 dia. Sahur sama2 dah, tapi berbuka sama2 belum. So please, aku harap tarikh tu tak kan ada aral lah untuk aku keluar. Amin. Perancangan pada tarikh hari tu, kami nak masak makanan bersama2 ketika berbuka puasa nanti. Selepas berbuka nanti, kami nak rehat2, selepas itu kami proceed buat BEL assignment sama2. Selepas dah sakit kepala buat assignment nak layan karoot komedia X kat youtube. Selepas itu, aku nak transfer gambar, sebab gambar DSLR aku semua dah musnah hilang takda nyawa. haha sebab malas citer, buat sakit jantung!

Esoknya bergerak seawal berapa pagi entah, kami nak g town, pastu check in hotel. Pastu letak barang semua, rehat kejap. Jalan2 tangkap gambar(tengah puasa ni) hahaha. Dah rasa letih, rehat lah. Sebab lepas tu kami nak meet kawan kami yang kami kenal dalm FB. Untuk kali pertama dan bersama2 berbuka puasa. Tempat? Rahsia! Tunggu next entri. Dah berbuka plan nak tengok wayang, tengok lah macam mana. Lepas tu tak tahu. Tunggu apa akan berlaku okay? Hehehe..

Esok nya, aku pun balik lah ke KL..untuk teruskan study sampai lah aku balik Sabah cuti raya. THE END! :)

Aku miss giler kat SAHABAT AKU!!!
I love the way you care about me, care about my family and my future.
Thanks dear! :)

Aku tak kisah orang tak tahu apa status kita, aku tak kisah orang pandang serong kat kita, sebab hati kita tahu siapa kita. Kita jaga antara satu sama lain. Bila awak dah nak kahwin, saya tetap akan jadi sahabat awak! macam tu juga saya! saya sayangkan awk sahabat. awak selalu ada dengan saya waktu susah dan senang. No matter what happen after this, saya akan jaga tali persahabatan kita. Saya tak kisah orang nampak saya kasar, tapi awak nampak di mana lembutnya saya kan awak? awak kenal saya dari orang lain. Awak pernah tidur dengan saya, satu katil satu bantal semasa saya sedang nazak kan? Hahaha. Family saya pun kenal awak, dan awak pernah jumpa family saya. Mama saya cakap kalau nak berkawan, berkawan lah baik2. Ye! saya akan pegang kata2 mak saya!! TERIMA KASIH SEBAB SELALU TOLONG SAYA DARI SEGI PEMBELAJARAN MAHUPUN SOCIAL LIFE! :)


Jumaat aku Test Law pulak..serabut otak aku..!! arghh!
K lah good night :)

Di landa tekanan, hahaha

Monday, 30 July 2012

Menu :)

Assalamualaikum...

Kawan2 gambar di bawah ni lah menu aku berbuka puasa semalam, haha.. tu je nak tunjuk.!! :p

Juadah berbuka puasa 29 Jul 2012
wih housemate



Yang lain tak bukan my favourite! Fresh orange!



Muka dah kelaparan ni, huk3
Dapat makanan pun tak habis, air je habis :)

Sunday, 29 July 2012

Alhamdulillah

Tadi aku dah menduduki common test bagi subject MAF320 dan FAR300. Bagi aku far mo easy than maf, but apa2 pun aku dah cuba yang terbaik, aku harap aku dapat markah yang baik, untuk carry mark aku juga, takut aku weyh.

Tadi aku berbuka puasa dengan housemate aku kat Madam Lim's, patutnya nak makan Nando's, tapi dah penuh, so kami makan kat Madam Lim's je lah. Makan nasi apa ntah tadi tu nan fresh orange, alaaa gambar dalam hp nanti aku masukkan, hahahaha.

Pastu aku beli seluar jeans baru,memandangkan aku seluar jeans sangat2 lah limited edition, aku beli lah tadi, lagi pun sekarang kan tengah sale, hahaha tu yang aku beli tu, murah lah jugak :)

Esok aku ada test lagi, test Taxation, aku harap test ni easy macam quiz yang selalu aku buat dalam kelas. Amin. So, selamat menjalani Ibadah puasa dan buat yang terbaik dalam bulan yang mulia ini.

:)

Friday, 27 July 2012

Forever Alone :'(

Assalamualaikum..

Hi viewers and readers, hari ni saya nak update pasal 'forever alone'. Nak tahu kenapa? Sebab sejak bermula puasa Ramadhan, saya selalu berbuka sorang2, sedih kan, takda kawan, tadi pun berbuka sorang2. Cuma semalam dengan adik2 angkat saya. Puasa pertama dan kedua dengan family sedara kat KL ni. Hahaha, dah tu, hari2 berikutnya sorang2. Saya tak berpeluang lagi berbuka puasa dengan sahabat saya. Sedih sangat!!


Tapi! Jumaat - Ahad minggu depan 3hb-5hb saya akan turun ke Melaka sebab nak berbuka puasa dengan kawan2 baru saya dan sahabat saya! Tunggu dan lihat lah kemunculan entri terbaru dari saya. Wakakaka. Tak sabar2 rasanya nak datang sana, semoga takda aral lah untuk turun sana, sedih lah saya kalau tak jadi, dah janji dengan kawan2 tahu! Tapi saya yakin pasti jadi. Insya-ALLAH. Tempat untuk berbuka puasa adalah rahsia, tunggu lah gambar2 kitaorang nanti. Hehe :p

Viewers and Readers, start ahad, isnin, selasa dan jumaat saya akan menduduki COMMON TEST dari UITM. Tolong doakan saya dapat jawab dengan baik ye, Azam saya kali ni nak naikkan semula pointer saya seperti Sem 2. Saya nak naik melonjak sebab saya tinggal lagi untuk beberapa bulan je study, dah nak graduate. huhu. Harap2 dapat continue dalam bidang yang sama untuk DEGREE nanti! Amin!. Course saya professional, takut je pointer saya tak melayakkan saya untuk meneruskan bidang tu dalam degree nanti. :(
Apa2 pun rezeki semua di Tangan ALLAH. Jika dia nak saya masih dalam bidang yang sama, Alhamdulilah, kalau tak? Mungkin ada yang lebih baik untuk saya.

Kepada sahabat saya, awak terima kasih sebab selalu ada susah dan senang saya. Terima kasih sebab cuba memahami saya, walaupun saya ni sukar untuk difahami, terima kasih selalu ada untuk saya. Terima kasih sangat2 awak! Saya sayang awak tau! Rindu pulak tu!! Saya tak bagi awak turun KL hari ni sebab saya nak awak fokus pada study awak juga, sebab awak kan akhir semester dah. Lagi pula minggu ni saya busy dengan test, takut tak terlayan awak, hehe..maaf..lagipun awak kan tengah 'kering' tu, taknak lah turun okay?
Pape pun doakan yang terbaik untuk saya minggu ni dan untuk kita ye awak? Thanxx awak! :')

No matter happen for the future,
we still together until our death!