Saturday, 5 May 2012

Rindu Kamo Sahabat!

Hey..hey..hey...:)

Hari ni aku nak citer sesuatu yang pasti best, actually aku dah mula bercadang nak buat studio kecil kat rumah sewa aku, setakat cap2 ayam je, talent aku tentu2 lah kawan housemate dan kawan baik aku tu. Aku dah beli benda ni!! Cuma belum dapat pada tangan aku sebab aku beli dengan salah sorang rakan aku juga yang banyak bagitahu aku selok belok DSLR. Nah tahu apa dia?? Lihat bawah!!



Okay baru simple punya, aku nak kumpul sikit


Insya-Allah benda ni pula akan menyusul! ....................


Speedlite, sebelum aku kumpul
duit beli SB700 idaman aku,
aku beli yang murah2 dulu cuma ni TTL lah..wuuu~~


Pelan2 kayuh, ada duit lebih selepas angkat SB700 baru beli nissin pulak, tak kisah kan ada 3 speedlite, dan beli pulak softbox, makin lama makin racun aku dengan benda2 alah ni semua, poket aku semestinya sentiasa rabak!! Hahaha, memang dah tak cukup duit dah aku tengok aku ni. Hahahaha



Okay sebenarnya aku rindu sahabat aku yang sorang ni...!!!!!

Makanan Fevret dia!! hehe amik kau, 2 org je makan
sampai dua tray large!!!! eh regular kot, entah!

Hi kawan, kau sihat x? aku rindu sangat dekat kau beb, dah lama tak outing! Aku nak outing lagi dengan kau oww...wuu..wuu..kau tunggu aku balik taw! Nanti kita outing bersama, kau leh lah jadi talent aku, maaf kalau masa cuti ni jarang sangat contact kau erk, rindu lah nak minta teman kau shopping, teman aku main game, teman aku pergi tengok wayang, teman aku tengok semua lah! Thanks sebab kau sabar dengan karenah aku yang agak sengal dan nakal ni. Aku serius rindu sangat2 kat kau, the way cara kau jaga aku kat hospital, cara kau sanggup datang lawat aku dan jaga aku, siap tidur katil aku lagi kau erk, hehe...rindu oww moment tu. Btw thanks 4 being my friend, aku harap kau akan tetap nak kawan dengan aku erk? AKU TAKKAN BAGI SESAPE RAMPAS KAU DARI AKU KAWAN! hehe

Sahabat, I miss u a Lot!!Muuahh!! :)


Agak2 leh jadi anak murid Wooden Tiger x awak?
hahaha




Friday, 4 May 2012

Off Day!!

Hari ni aku off day so aku keluar dengan salah satu staff kat tempat aku kerja jugak, nama dia fick! Kami g tengok wayang, nak tahu wayang apa..jom lihat bawah!!!



Cerita dia memang best, rugi sape tak tengok!!

Aku tak gaji lagi, dah gatal nak keluar kan, takpe, tadi pun dah habis RM100 kot, hehehe, masak lah macam ni, macam biasa lah aku shopping la barang sikit2, aku shopping baju, nak tunjuk kat korang, baju ni xmahal boleh lah cikai2



Comel x??hehehe



I like this! Sebab aku mata duitan..hahahahaha



Baju ni kawan aku si fick pun pilih sama macam aku ni, hahaha, 


Okay la tu je la..haha dah ngantuk, bye2

Wednesday, 25 April 2012

Plan???

Hi guys, dah lama aku x on9 kan..hehe..busy yang teramat sangat dan penat. Kali ni aku larat pulak nak on9, so aku update lah blog aku. Nak cerita baru terlalu banyak kot, so nak citer pe ek? Okay just nak gitau off day nanti aku nan kawan aku nak gi photoshot dah lama tak pegang kamera ni jadi gatal tangan aku.

Rindu sahabat saya :')

Sahabat maafkan saya jarang contact kamu, saya busy teramat sangat, tapi jangan risau nanti saya dah balik KL kte hangout together okay, tengok wayang macam selalu, lepak2, shopping barang sama2. Hehe dan paling penting jadi model saya okay, dont worry after this saya angkat speedlite so saya buat studio di rumah sewa saya dengan beli softbox, hehe pelan2 kumpul duit ya, saya minat portrait dan macro hehe.

Miss you friend :)

Good Night, nantok dah.

Wednesday, 18 April 2012

Many Story!!!!!!!!!

Hi peeps,
Sorilah dah lama tak update blog, ada cerita mau di cerita. Hahaha, okay citer untuk hari ni dulu, kerja elok je, takda masalah apa2 lagi, cuma bengang sekejap je dengan staff baru masuk semalam walaupun dia tu sebenarnya staff lama, tapi dia baru masuk balik semalam setelah berhenti lama dah. Okay, yang bikin panas tadi, ada pula kerja lelaki tu dia tak boleh nak buat, takut lah apa lah. Aku juga yang buat, bagus dia pi potong anu dia macam pondan pun ada. Lepas tu banyak mengeluh! Aiyaa paling aku tak suka orang yang banyak mengeluh ni, kau tu baru masuk semalam 3 hari awal memang lah morning, sebab kan kau half day sila lah ringan2kan badan kau tu tolong, aku mula2 masuk dulu rajin je aku buat, dah panjat tangga amik stok kat atas. Yang kau punyalah, sabar je lah. Okay tu dah setel lah malas nak panjang lebar semua orang pun ada masalah masing2.

Okay semalam punya cerita pulak ada lagi. Stok banyak baru sampai, so macam biasa kena lah buh harga dulu dan susun2. Semalam aku uruskan hanger2, satu masalahnya semalam aku penat sangat bukan main2 memang penat, sampai orang ingat aku ni garang muka serius. Aku bukan mau serius tapi tak mampu nak senyum dah so terpaksa lah buat muka gitu, ada lah customer ni family ada anak kecil ada ke dia biarkan anak dia berjalan macam tu, pastu dia pegang hanger yang aku dah susun sampai jatuh, aduiii!! Dugaan memang pedas penat nya aku nak susun balik nasib ayah dia tolong balik, yang maybe panas, mak budak tu kot, tapi lantak lah dia nak buat muka kat aku, hahaha, aku bukan marah budak tu, budak 2 comel sangat rasa nak gigit yang aku panas mak ayah dia. Tapi tak pelah aku nk complain pun CUSTOMER ALWAYS RIGHT! So tak dapat nak kata apa dah, hehehehe. So moral of the story semalam, baru aku dapat rasa ini perasaan menjadi salesgirl and salesman dugaan hidup dorang dengan berdepan customer yang banyak karenah, banyak songeh,banyak cekadak,banyak pe'el, dan sewaktu dengannya (padahal semua macam sama maksud) hihihihi. So please after this hormat menghormati paham situasi pihak lain juga, but ada juga yang segelintir pekerja yang memang malas, tu susah nak complain lah. Hehehe no komen!


Pasal Isnin lepas, lagi best story, aku kan kerja malam, ada pula satu orang hamba Allah bergelar staff juga pendek citer teruslah, mungkin dia buat XXX dalam stor!! Jangan lah citer aib pula, tapi itu lah sepanjang pengalaman baru seminggu kerja kat hypermarket tu, kawan2 aku yang lain pun macam2 cerita juga jadinya, hahahaha, watever aku cuma mau kerja secara halal, taknak curi2 buka2 barang yang patut di jual tapi mereka guna, aku taknak masuk campur itu urusan dorang, yang aku tahu aku kerja cari rezeki halal. End of the story.


Hehe, dah tak payah cakap kerja esok aku off day nak jalan2 gi photoshot, dah lama tak pergi menembak, dah lama tak tengok hasil, esok jalan nak pergi menembak, mana tahu esok rezeki aku dapat tembak benda atau orang dalam suasana yang tepat dan keadaan yang sangat tepat. Amin.


Okay tu je lah..len kali post lagi.. ;p

Monday, 16 April 2012

Renew Lesen :)

Hi guys, alhamdulillah aku dah pun renew lesen P aku ke lesen penuh dah. Memandangkan lesen sekarang mati ikut tarikh lahir aku buat 2 tahun senang sedikit kot. So akan mati tahun 2015. Tadi aku hantar mom aku pergi kerja so aku akan bawa kereta untuk pergi kerja jap lagi. Hari ni shift aku after, so aku nak rehat kan minda aku dulu, sebab semalam aku full shift! Letih teramat sangat, bukan letih apa, letih sebab kebosanan huhu. Malam customer tak berapa nak ramai, apa2 pun aku lega hati sebab dah renew lesen aku. Hehe..


Muka bangga sebelum bertolak :P

Serius kan? hahaha..besa lah bro..muka kena serius.
Ni tengah tunggu mem besar masuk kereta.

Muka tak sabar renew Lesen.

Berani mati je lah aku ni beberapa hari ni bawa kereta Lesen dah mati. Hahahhahahaha..terpaksa lah weyh kalau tak nak minta adik beradik aku tolong? Dorang pun masing2 busy nan kerja dorang, abah aku pulak outstation so nak tak nak kena buat sendiri, hihihi..so pas update blog ni aku nak tido jap letih pula badan ni. :p

bye peeps.

Saturday, 14 April 2012

Working!!!!!!!!!!!!

Hi peeps!
Dah lama x update blog, busy kerja lol..hehe..hari ini hari ketiga aku, fun kerja aku cuma penat sedikit lah, aku buat macam ni pun sebab nak latih diri aku sebab 2 bulan cuti aku takut otak aku jem and aku takut asyik tidur kat rumah aku susah nak bangun nanti. Bila start kelas nanti takda lah aku susah nak bangun kan, sebab aku dah biasa pergi kerja kan, hehe..

:)


Ready to work!

Hehe, aku dengan bangga nya nak pergi kerja..haha..esok aku kerja full pulak, hehe hebat kan? Takpa aku yang pilih..hehe..department aku semua fun lagi pula supervisor aku sporting suruh aku pilih shift sendiri dengan off day sendiri. Best kan? hehe so far keje okay but a little bit bosan lak..hahaha..sebab takda kerja sangat, bila stok sampai baru kau mati...haha...aduii tak tahu mo post apa lagi..hehehe..ada story best nanti aku story lah..sejuk pula bilik aku..tangan kaku..air-con depan2 mata..aduiiii...hahaa

Wednesday, 11 April 2012

Trouble!!


Ok, great sangat guys, Lesen P aku hari ni last, besok aku dah start kerja macam ni pula jadi kat aku, dengan abah aku pergi KL outstation, damn! Aku baru nak start kerja bawa motor abah aku, aku lupa pulak bahawa tarikh hari ni last, ermm..kena pergi secepat mungkin ni tau..aku ingat nak buat sendiri kena lah suruh my sister uruskan ni, so lepas ni aku dah pakai lesen tetap dah..hehe..best2..okay lah tu je nak kasi tahu..hahaha

My face look cute right??wakakakakaka